RCI TH: Orang ramai persoal tindakan pembangkang keluar dewan

2026-08-12 HaiPress

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,12 Ogos – Tindakan sebahagian ahli parlimen pembangkang keluar Dewan Rakyat ketika sesi perbahasan laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH),semalam,mengundang pelbagai reaksi orang ramai.

RINGKASAN BERITA AI

“Pada saya,tindakan itu tidak wajar kerana kita perlu saling menghormati. Apa pun keputusan yang dibuat,kita kena hormat,” katanya.

Sementara itu,pendeposit,Arina Rahman berpandangan perkembangan berkaitan TH ketika ini dapat membantu meningkatkan semula keyakinan masyarakat terhadap institusi berkenaan.

“Saya rasa ini satu langkah yang baik. Sekurang-kurangnya ia meningkatkan keyakinan orang ramai terhadap TH.

“Jadi,saya tidak rasa keyakinan masyarakat akan terjejas kerana saya tahu TH ialah sebuah institusi yang sudah lama dibina dan masih mendapat kepercayaan orang ramai,” jelasnya.

Dalam pada itu,tinjauan RTM turut mendapati perkembangan kedudukan TH yang semakin stabil dan kukuh memberi keyakinan kepada pendeposit untuk terus membuat simpanan.

Tambah Mohamad Fildza,yang juga pendeposit TH,keadaan semasa membuatkannya berasa lebih selamat dan yakin untuk meneruskan simpanan di TH sebagai persediaan menunaikan ibadah haji.

“Saya rasa lebih selamat dan lebih yakin sebab TH dapat mempercepatkan proses untuk menunaikan haji. Selain itu,dengan dividen yang lebih tinggi,keyakinan saya juga semakin meningkat. Jadi,saya lebih yakin,”jelasnya.

Nur Hedaya pula berkata kemudahan yang disediakan TH,termasuk urusan berkaitan zakat,turut memberi rasa lebih selamat kepada pendeposit.

“Saya rasa lebih selamat,terutama daripada segi urusan zakat kerana kami tidak perlu lagi memikirkan atau membuat pengiraan sendiri.

“Jadi,saya berharap urusan untuk menunaikan haji juga dipermudahkan dan saya dapat pergi dalam masa terdekat,”katanya.

Bagi pendeposit,Naizatul Fazlina,TH turut dilihat sebagai medium untuk membuat persediaan awal bagi menunaikan ibadah haji.

“Saya rasa lebih selamat sekarang. Jadi,ini merupakan peluang untuk saya membuat simpanan dalam TH sebagai persediaan awal untuk menunaikan ibadah haji nanti. Usaha ini sangat baik dan wajar diteruskan pada masa akan datang,” katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap