2026-08-12
HaiPress

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
KUALA LUMPUR,12 Ogos – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka dibenarkan keluar hospital hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
−
Pada program itu Datuk Seri Wan Azizah turut menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada dua penerima dalam program lawatan prihatin di kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang juga dihadiri Pengarah PERKESO Negeri,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Mohamad Haron Othman.
Penerima pertama,Choong Wing Kin yang menghidap strok pendarahan pada bahagian batang otak kanan selain beberapa masalah kesihatan lain.
Selain pencen ilat dan elaun layanan sentiasa,Choong Wing Kin turut menerima bantuan perubatan dan pemulihan termasuk susu khas,lampin pakai buang,kerusi roda reclining serta Ryles Tube.
Dalam lawatan sama,Datuk Seri Dr Wan Azizah yang juga ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu turut menyampaikan faedah kepada waris mendiang Edwin Anthony Dass yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu akibat coronary atherosclerosis.
Waris mendiang layak menerima Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Pencen Penakat bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969.
Mendiang meninggalkan seorang balu dan tiga anak yang masih kecil,dengan balunya merupakan suri rumah sepenuh masa.
Bantuan berkenaan disalurkan hasil kerjasama Pejabat Parlimen Bandar Tun Razak dan Skuad PERKESO Prihatin yang membantu penerima serta waris membuat permohonan selepas semakan kelayakan caruman.
Datuk Seri Wan Azizah mengakhiri lawatannya dengan sesi ziarah dan menyampaikan sumbangan kepada ibu tunggal Khalijah Nazir dan anak-anaknya yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU).