Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil

2024-12-12 HaiPress

FOTO FAIL

KUALA LUMPUR,11 Disember - Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai sistem konvensional meningkat kepada RM32.10 bilion daripada RM31.15 bilion pada sesi pagi,manakala mudah tunai dana Islam menurun kepada RM23.30 bilion daripada RM24.36 bilion sebelumnya.

Awal hari ini,bank pusat menawarkan dua tender repo berbalik dan temder repo berbalik Islam.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula dan kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang,bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional RM32.10 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM23.30 bilion,kedua-duanya dengan tempoh matang satu hari.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 10 Disember. - BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap