DBKL sedia beri bantuan kepada keluarga mangsa

2024-08-24 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif

KUALA LUMPUR,24 Ogos- Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif memaklumkan pihak berkuasa meneruskan operasi mencari dan menyelamat mangsa tanah jerlus.

Operasi itu dibantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM),Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM),Polis Diraja Malaysia (PDRM),Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Indah Water Konsortium (IWK) berusaha secara maksimum untuk mencari dan menyelamat daripada malam semalam hingga ke pagi tadi.

"Kita telah memberi bantuan,DBKL ada 40 kakitangan dan juga beri bantuan jentera untuk mengorek dan semalam pun pihak bomba telah menghantar dua penyelam skuba untuk melihat keadaan itu. Tetapi saya difahamkan hingga ke tengah malam belum jumpa lagi.

"Jadi mereka meneruskan usaha menyelamat pagi ni dan saya difahamkan juga mereka akan mencari mangsa," katanya kepada pemberita di sini.

Bagaimanapun beliau telah menemui keluarga mangsa tersebut yang sepatutnya pulang ke India pada hari ini.

Tambah beliau bantuan akan diberikan dalam bentuk yang diperlukan dengan kerjasama pihak polis dan Kementerian Luar Negeri.

Sementara itu terdapat 21 lokasi 'hotspot' banjir dikenal pasti,dengan tambahan 14 kawasan berisiko tinggi yang perlu diberi perhatian akibat perubahan iklim yang ketara.

Maimunah berkata,tindakan secara berkala akan diambil untuk menangani isu-is termasuk projek mitigasi banjir.

"Kita ada dalam dalam kita punya ahli lembaga penasihat dan juga kepada DBKL ada geologis dan saya akan saya telah arahkan untuk diadakan pasukan petugas khas segera untuk melihat tanah-tanah,selok-selok yang mengalami kegagalan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap