Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang, Perlis agih 1,000 Jalur Gemilang

2024-08-23 berita.rtm.gov.my HaiPress

Foto RTM

PADANG BESAR,23 Ogos - Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Perlis mengagihkan lebih 1,000 Jalur Gemilang kepada penduduk setempat bagi menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan dan menjayakan Kempen 1 Rumah 1 Jalur Gemilang.

Program agihan Jalur Gemilang dilaksanakan di lapan lokasi sepanjang konvoi yang disertai lapan buah kenderaan,antaranya Pasar Besar Sena,Pusat Transformasi Bandar (UTC),Pos Sekatan Jalan Raya di Padang Besar,Felda Rimba Mas,Felda Mata Ayer dan Felcra Lubuk Sireh.

Pengarah JaPen Perlis Mazli Hamdan berkata,pelaksanaan kempen kibar Jalur Gemilang itu diharap menjadi pembakar semangat rakyat negeri itu,bukan sahaja dalam kalangan kakitangan kerajaan malah semuamasyarakat setempat daripada pelbagai latar belakang agar sentiasa bersemangat patriotik dan cintakan negara.

"Kempen Kibar Jalur Gemilang juga menjadi wadah terbaik untuk memberi inspirasi kepada rakyat terutama generasi muda supaya menghargai dan mengekalkan keamanan negara.

"Sokongan masyarakat dalam menjayakan kempen ini juga dapat menyemarak perpaduan selain mengingatkan generasi muda supaya mengerti makna sebenar kemerdekaan yang dicapai negara dan pengorbanan pejuang terdahulu dalam memerdekakan negara," kata Mazli.

Beliau memaklumkannya pada Program Walkabout Sana Sini Jalur Gemilang di Perlis yang dilaksanakan sekitar Parlimen Kangar dan Padang Besar bersama ADUN Indera Kayangan,Gan Ay Ling.

Konvoi kali ini turut disertai pegawai dan kakitangan RTM Perlis,BERNAMA,Majlis Keselamatan Negara,Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap