2026-08-22
HaiPress

Gambar mahasiswa Universiti Malaya/Foto UM
JOHOR BAHRU,22 Ogos – Pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) disambut baik mahasiswa yang melihat langkah itu memberi lebih ruang untuk mereka menyuarakan pandangan serta terlibat dalam aktiviti kampus.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Namun,mahasiswa perlu mematuhi peraturan dan garis panduan yang ditetapkan universiti supaya kebebasan yang diberikan tidak disalahgunakan,” katanya.
Sementara itu,Mahasiswi Politeknik Ibrahim Sultan (PIS),Nur Aleeya Sofia Mohd Razman berkata,pemansuhan AUKU membolehkan mahasiswa menyuarakan pandangan mengenai isu dan masalah yang berlaku dalam kampus tanpa berasa terlalu dikawal.
“Pada pendapat saya,kebaikan pemansuhan AUKU ialah mahasiswa lebih bebas menyuarakan pendapat mengenai perkara yang berlaku dalam kampus dan masalah yang mereka hadapi.
“Ini membolehkan mereka bersuara tanpa rasa takut atau terlalu dikawal oleh peraturan universiti,” katanya.
Bagi Mahasiswi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),Nur Arina Haznul pula,pandangan mahasiswa dan masyarakat boleh menjadi maklum balas kepada kerajaan serta pihak universiti dalam membentuk dasar pendidikan tinggi yang lebih sesuai dengan keperluan generasi muda.
“Pada pendapat saya,pandangan masyarakat boleh menjadi satu bentuk maklum balas kepada pihak universiti dan kerajaan dalam membentuk sebuah dasar yang lebih sesuai dengan keperluan generasi muda zaman sekarang,” katanya.