Kadar penerimaan terhadap Trump jatuh ke paras terendah

2026-08-18 HaiPress

Hanya 33 peratus responden berpendapat Trump menjalankan tugas dengan baik,berbanding 64 peratus yang berpandangan sebaliknya. / Foto Reuters

WASHINGTON,18 Ogos – Kadar penerimaan rakyat Amerika Syarikat (AS)terhadap prestasi Presiden Donald Trump jatuh ke paras terendah sepanjang penggal semasanya,menurut tinjauan baharu Reuters/Ipsos.

RINGKASAN BERITA AI

Perkembangan itu turut dianggap sebagai petanda amaran kepada Parti Republikan menjelang pilihan raya separuh penggal pada November ini.

“Secara tradisinya,Parti Republikan mempunyai kelebihan dalam kalangan pengundi mengenai isu ekonomi dan ini merupakan amaran kepada parti Trump menjelang pilihan raya separuh penggal,” kata Malone.

Tinjauan itu turut menunjukkan Parti Demokrat mempunyai kelebihan kira-kira lima mata peratusan dalam undi generik mengenai parti yang mahu dilihat rakyat AS untuk menguasai Kongres.

Bagaimanapun,Malone mengingatkan,angka berkenaan tidak ditafsir secara berlebihan.

Keyakinan terhadap Parti Republikan turut dilapor merosot dalam beberapa isu termasuk ekonomi,keselamatan negara,perang dan dasar luar.

Dalam isu konflik Iran pula,empat daripada lima responden menjangkakan perang itu akan berlarutan untuk tempoh panjang.

Malone berkata keadaan itu berbeza dengan gambaran pada peringkat awal apabila Trump menegaskan kemenangan ke atas Iran akan dicapai dengan pantas.

Sebaliknya,konflik yang berpanjangan kini dilihat memberi kesan kepada persepsi rakyat terhadap pentadbiran beliau. – REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap