2026-08-11
HaiPress

Foto RTM
SELANGOR,11 Ogos– Bekas Ketua Pengarah Penyiaran,Datuk Abdul Rahman Hamid dikenang sebagai pemimpin yang bertimbang rasa,penyayang serta sentiasa mengambil berat kebajikan warga kerja sepanjang perkhidmatannya dalam bidang penyiaran.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau yang pernah bertugas bersama Allahyarham berkata sifat berkenaan menyebabkan Allahyarham disenangi ramai dalam kalangan warga RTM.
“Saya kenal Datuk Rahman sebab saya pernah bertugas bersama Datuk Rahman sebagai timbalan Datuk beberapa tahun. Datuk memang seorang yang sangat bertimbang rasa,sangat penyayang dan sangat senang untuk berbincang,” katanya.
Dalam pada itu,bekas Pegawai Kanan JAKIM,Datuk Haji Ismail Noor menyifatkan pemergian Allahyarham sebagai kehilangan besar,khususnya kepada warga penyiaran.
Menurutnya,Allahyarham banyak menyumbang kepada pembangunan industri radio dan televisyen di Malaysia.
“Saya rasa kehilangan beliau amat besar kepada kami,terutama rakan-rakan penyiaran,sama ada di RTM,kerana sumbangan Allahyarham cukup besar dalam membangunkan industri radio dan televisyen di Malaysia,” katanya.
Terdahulu,Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah,Taman Putra Perdana,pagi tadi.
Jenazah Allahyarham disolatkan di Masjid Taman Putra Perdana kira-kira pukul 9.00 pagi,sebelum dibawa ke tanah perkuburan berkenaan dan selamat disemadikan kira-kira pukul 9.40 pagi.
Majlis pengebumian dihadiri ahli keluarga,saudara-mara,sahabat serta kenalan yang hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.