Australia, Vietnam perluas kerjasama pertahanan hadapi cabaran China

2026-08-11 HaiPress

Foto AFP

SYDNEY,11 Ogos – Australia dan Vietnam akan memperluas kerjasama pertahanan bagi mendepani cabaran pengaruh China yang kini semakin berkembang di Pasifik dan Laut China Selatan.

RINGKASAN BERITA AI

Vietnam merupakan antara beberapa negara yang mengemukakan tuntutan bertindih di Laut China Selatan,yang hampir keseluruhannya dituntut oleh Beijing meskipun keputusan antarabangsa mendapati tuntutan tersebut tidak mempunyai asas undang-undang.

Pada Selasa,Menteri Pertahanan Australia,Richard Marles memaklumkan,kerjasama yang semakin erat dengan Vietnam akan menyumbang secara langsung kepada kestabilan dan keselamatan rantau itu.

Pengumuman itu turut menyaksikan beberapa perjanjian antara Canberra dan Hanoi dimeterai,termasuk komitmen untuk memperkukuh daya tahan ekonomi,selain membuka semula akses pasaran bagi daging buruan Australia termasuk daging kanggaru ke Vietnam. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap