Tangki simpanan petrol utama Libya musnah dalam kebakaran

2026-08-11 HaiPress

Tangki simpanan minyak milik Brega Oil Company yang terbakar dalam serangan dron oleh kumpulan tidak dikenali – Foto Reuters

TRIPOLI,11 Ogos – Sebuah tangki simpanan petrol utama di Zawiya,Libya terbakar dan runtuh pada Isnin selepas didakwa menjadi sasaran serangan oleh pihak tidak dikenali.

RINGKASAN BERITA AI

NOC turut mengecam beberapa serangan serupa yang berlaku di Zawiya sejak beberapa hari lalu,termasuk dua serangan dron terhadap tangki simpanan nafta dan sebuah loji penyahgaraman air pada hujung minggu.

Bagaimanapun,masih belum dapat dipastikan sama ada serangan itu mengakibatkan sebarang kematian atau kecederaan.

NOC mengisytiharkan darurat dan menggesa siasatan dijalankan.

Libya mempunyai rizab minyak paling banyak di Afrika,namun negara itu terus berpecah sejak tercetusnya perang susulan penggulingan bekas pemimpin,Muammar Gaddafi pada 2011.

Ketika ini,kerajaan terbahagi dua iaitu pentadbiran diiktiraf Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) yang dipimpin Perdana Menteri,Abdulhamid Dbeibah di Tripoli dan pentadbiran di bahagian timur yang disokong komander tentera,Khalifa Haftar.

Dalam satu kenyataan berasingan,kerajaan yang berpangkalan di Tripoli memaklumkan Dbeibah mengadakan pertemuan dengan beberapa pegawai kanan pada awal Isnin,termasuk Menteri Dalam Negeri serta ketua beberapa kumpulan bersenjata di ibu negara,bagi membincangkan perkembangan keselamatan terkini.

Dbeibah menegaskan keperluan untuk bertindak tegas terhadap sebarang pelanggaran atau tindakan yang mengancam keselamatan atau menjejaskan kemudahan dan infrastruktur penting,menurut kenyataan itu. – AFP

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap