2026-08-06
HaiPress

Gambar Hiasan
SAN FRANCISCO,6 Ogos – Syarikat induk Google,Alphabet,mengumumkan rombakan kepimpinan besar-besaran dalam bahagian kecerdasan buatan (AI) miliknya,Google DeepMind.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Langkah ini membolehkan saya memfokuskan gambaran besar serta pembuktian makmal,memandangkan matlamat merealisasikan Kecerdasan Buatan Umum (AGI) kini semakin hampir,” ujar Hassabis menerusi hantaran di media sosial.
Ekoran rombakan tersebut,Pegawai Teknologi Utama (CTO) DeepMind,Koray Kavukcuoglu,dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Kanan.
Beliau bakal menyelia keseluruhan operasi harian bahagian itu termasuk AI Google,Gemini.
Pada masa sama,Ketua Pegawai Eksekutif Google,Sundar Pichai,mengesahkan pengunduran jurutera Jeff Dean yang telah berkhidmat hampir tiga dekad di syarikat berkenaan untuk meneroka peluang baharu.- AFP