Hasina mahu pulang ke Bangladesh menjelang akhir tahun

2026-08-06 HaiPress

Foto AFP

NEW DELHI,6 Ogos –Bekas Perdana Menteri Bangladesh Sheikh Hasina,yang hidup dalam buangan di India sejak dua tahun lalu,pada Rabu berkata beliau akan pulang ke tanah airnya menjelang akhir tahun ini,lapor Xinhua.

RINGKASAN BERITA AI

Menteri Dalam Negeri Bangladesh Salahuddin Ahmed pada bulan lepas berkata Hasina akan ditahan sebaik sahaja beliau pulang ke negara itu kerana telah pun disabitkan kesalahan oleh mahkamah.

Beliau menambah bahawa kerajaan Bangladesh mahu India mengekstradisi Hasina mengikut perjanjian dua hala dan telah menghantar beberapa peringatan selepas kerajaan sementara mengemukakan permohonan ekstradisinya buat kali pertama.

Pada November 2025,sebuah tribunal khas di Dhaka menjatuhkan hukuman mati secara “in absentia” terhadap Hasina atas kesalahan jenayah terhadap kemanusiaan semasa kebangkitan rakyat pada Julai 2024.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap