Selangor lulus 39 projek pusat data, jana lebih 2,400 peluang pekerjaan

2026-08-06 HaiPress

Exco Pelaburan Selangor,Ng Sze Han / Foto RTM

SHAH ALAM,6 Ogos – Sebanyak 39 projek pusat data diluluskan di negeri ini bagi tempoh 2021 hingga 2025 dengan potensi menjana lebih 2,400 peluang pekerjaan tetap.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Kerajaan Negeri Selangor melihat pelaburan pusat data menjadi sebahagian ekosistem yang menyokong pembangunan industri berteknologi tinggi seperti kecerdasan buatan (AI) dan semikonduktor.

Namun Ng Sze Han berkata pelaksanaannya memerlukan langkah kawalan yang progresif dan seimbang bagi memastikan kelestarian alam sekitar serta kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

“Melalui mesyuarat penyelarasan pra-pelaburan,Kerajaan Negeri turut meletakkan syarat setiap pelaburan pusat data mempunyai sekurang-kurangnya 30 peratus local content bagi membolehkan syarikat tempatan memperoleh peluang perniagaan daripada pelaburan berskala besar,” katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan yang dikemukakan oleh ADUN Hulu Bernam,Mu’izzuddeen Mahyuddin mengenai pelaburan pusat data di negeri ini pada Sidang Dewan Negeri Selangor,di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap