2026-08-05
HaiPress

Foto REUTERS
CALIFORNIA,5 Ogos– Presiden Amerika Syarikat (AS),Donald Trump memberi amaran bahawa Iran akan menerima tindakan yang sangat keras,sekiranya Selat Hormuz tidak dibuka semula dalam masa terdekat.
RINGKASAN BERITA AI
−
“Satu-satunya perkara yang penting ialah tindakan. Mereka mahu mencapai persetujuan. Kita akan lihat apa yang akan berlaku. Saya mempunyai banyak masa,” katanya.
Beliau percaya persetujuan itu boleh dicapai “esok atau lusa”.
Menurut laporan Axios yang memetik pegawai serantau dan seorang pegawai AS yang tidak dinamakan,cadangan perjanjian itu melibatkan tempoh 60 hari bagi menjamin laluan selamat di Selat Hormuz antara Iran dengan Oman.
Perjanjian itu yang tidak melibatkan sebarang bayaran tol,boleh dilanjutkan selepas tempoh tersebut.
Bawah cadangan berkenaan,semua kapal yang memasuki kawasan Teluk akan menggunakan laluan perkapalan di bahagian utara,manakala kapal yang keluar akan melalui laluan selatan di perairan wilayah Oman. -AFP