Rundingan laluan selamat Selat Hormuz antara Iran, Oman positif

2026-08-05 HaiPress

Selat Hormuz/ REUTERS

TEHRAN,5 Ogos – Iran memaklumkan rundingan yang sedang berlangsung dengan Oman berhubung laluan perkapalan di Selat Hormuz menunjukkan perkembangan positif di peringkat teknikal dan politik.

RINGKASAN BERITA AI

Sementara itu,Press TV yang juga dikendalikan kerajaan Iran melaporkan seorang pegawai kanan negara itu berkata koridor baharu berkenaan akan menggantikan laluan utara dan selatan yang digunakan ketika ini sebaik sahaja ia mula beroperasi.

Pegawai itu menyifatkan langkah tersebut sebagai tindakan mempertahankan kedaulatan negara serta selaras dengan hak mana-mana negara berdaulat untuk melindungi perairan wilayahnya daripada ancaman luar.

Pada 28 Februari lalu,Iran mengetatkan kawalan di Selat Hormuz dengan menghalang laluan selamat kepada kapal milik atau yang mempunyai kaitan dengan Israel dan Amerika Syarikat (AS),susulan serangan bersama kedua-dua negara ke atas wilayah Iran.

Pada Julai,tentera AS melancarkan beberapa siri serangan terhadap sasaran di Iran dengan mendakwa tindakan itu sebagai tindak balas terhadap serangan Iran ke atas kapal di Selat Hormuz,selain bertujuan mengurangkan keupayaan Tehran mengancam laluan perkapalan komersial.

Iran kemudian bertindak balas dengan melancarkan serangan peluru berpandu dan dron yang menyasarkan pangkalan serta kemudahan ketenteraan AS di rantau berkenaan.- REUTERS

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap