2026-07-31
HaiPress

Dewan Negara India meluluskan RUU yang memperketat hukuman terhadap kebocoran soalan peperiksaan / Foto AFP
NEW DELHI,31 Julai – Dewan Negara India meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) yang memperketat hukuman terhadap individu terbabit dalam kebocoran soalan peperiksaan susulan gelombang protes pelajar di negara itu.
RINGKASAN BERITA AI
−
Kelulusan tersebut dibuat selepas berminggu-minggu protes besar-besaran membantah kebocoran soalan peperiksaan dan pelbagai penyelewengan,yang akhirnya membawa kepada peletakan jawatan Menteri Pendidikan,Dharmendra Pradhan,Sabtu lalu.
Protes yang diterajui gerakan dalam talian Cockroach Janta Party (CJP) itu mendapat sokongan meluas pelajar di seluruh India dan menjadi antara cabaran terbesar kepada kerajaan Perdana Menteri,Narendra Modi.-AFP