Dasar Borneonisasi: Sarawak lepasi sasaran, Sabah capai hampir 70 peratus

2026-07-22 HaiPress

Datuk Mustapha Sakmud/ Bernama

KUALA LUMPUR,22 Julai- Kerajaan Negeri Sarawak telah mencapai sasaran 80 peratus pengisian anak tempatan bagi jawatan utama perkhidmatan awam Persekutuan di negeri itu manakala Sabah merekodkan hampir 70 peratus,Dewan Negara diberitahu hari ini.

RINGKASAN BERITA AI

“Setakat ini,sebanyak 69.7 peratus atau 23 daripada 33 jawatan utama di Sabah telah diisi oleh anak tempatan,” katanya.

Selain itu,Mustapha berkata sebuah jawatankuasa kerja khas telah ditubuhkan di bawah MTPMA63 bagi memastikan dasar Borneonisasi dilaksanakan secara menyeluruh dan terperinci.

Beliau berkata jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam itu turut dianggotai wakil Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),kerajaan Sabah dan Sarawak serta kementerian dan jabatan Persekutuan yang berkaitan.

Beliau berkata kerajaan Persekutuan menerusi JPA sentiasa menyokong dasar berkenaan dengan mengutamakan anak negeri kelahiran masing-masing dalam penempatan pegawai,selaras dengan kelayakan,merit dan kesesuaian perkhidmatan.

Dalam pada itu,Mustapha berkata 37,575 penjawat awam Persekutuan yang berasal dari Sabah dan Sarawak kini ditempatkan di pelbagai sektor di Semenanjung.

“Jumlah itu merangkumi 120 orang dalam kumpulan pengurusan tertinggi,15,513 orang kumpulan pengurusan dan profesional,serta 21,942 orang kumpulan pelaksana,” katanya. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap