2026-04-30
HaiPress

Ketua Setiausaha KESUMA Datuk Azman Mohd Yusof /Foto KESUMA
KUALA LUMPUR,30 April – Kebajikan,kemahiran dan perlindungan sosial pekerja terus menjadi keutamaan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dalam memastikan tenaga kerja negara kekal berdaya saing dan bersedia mendepani cabaran ekonomi semasa.
RINGKASAN BERITA AI
−
Beliau berkata kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi meningkatkan kebajikan dan produktiviti pekerja termasuk pelaksanaan gaji minimum,dasar gaji progresif serta penyediaan institusi latihan kemahiran.
Katanya,Jabatan Tenaga Kerja Malaysia (JTKM) turut menyediakan Advanced Technology Training Centre (ATTC) bagi memastikan pekerja terus mempelajari kemahiran baharu selaras dengan keperluan semasa pasaran kerja.
Kemuncak Sambutan Hari Pekerja 2026 yang bertemakan “Pekerja MADANI Kesuma Bangsa” itu akan dirasmikan Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Arena Unifi,Bukit Jalil esok.
Dijangka lebih 15,000 tenaga kerja daripada pelbagai sektor termasuk kesatuan sekerja,badan berkanun serta sektor awam dan swasta akan menyertai sambutan itu.