GEM hargai langkah kerajaan kekalkan had 800 liter RON95

2026-03-27 HaiPress

FOTO RTM

KUALA LUMPUR,27 Mac — Keputusan kerajaan mengekalkan had subsidi bahan api sehingga 800 liter sebulan bagi pemandu e-hailing di bawah program BUDI95 dilihat sebagai langkah proaktif dalam membantu kelangsungan industri berkenaan.

RINGKASAN BERITA AI

“Langkah ini membantu dari segi kesinambungan operasi,namun kelangsungan pendapatan memerlukan ekosistem yang lebih seimbang,termasuk ketelusan algoritma,struktur tambang yang munasabah serta perlindungan sosial yang lebih kukuh,” jelasnya.

Sementara itu,pemandu e-hailing,P. Vishnovartan menzahirkan penghargaan kepada kerajaan atas pengekalan subsidi RON95 pada kadar RM1.99 seliter,termasuk had 800 liter sebulan.

“Pengekalan subsidi ini memberi kelegaan kepada saya untuk terus bekerja dan mengurus kos harian dengan lebih baik,” katanya.

Bagaimanapun,beliau mengakui keadaan ekonomi semasa dan peningkatan kos lain boleh memberi kesan kepada pendapatan pemandu.

“Walaupun subsidi bahan api dikekalkan,peningkatan kos lain tetap memberi kesan kepada pendapatan kami.

“Justeru,kami berharap kerajaan dapat terus mempertimbangkan langkah sokongan tambahan bagi membantu pemandu e-hailing,termasuk dalam aspek kos penyelenggaraan dan perbelanjaan harian,” ujarnya.

Secara keseluruhan,inisiatif ini dilihat membantu dalam jangka pendek,namun pemain industri berharap sokongan berterusan dapat dipertingkat bagi memastikan kelestarian sektor e-hailing.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap