Iktibar panas 1998, penduduk Chuping sedia hadapi cuaca ekstrem

2026-03-24 HaiPress

Tugu Chuping menjadi simbol kawasan yang pernah mencatat suhu tertinggi negara,mencecah 40.1 darjah Celsius pada 1998/Foto RTM Perlis

PADANG BESAR,24 Mac — Pengalaman berdepan suhu ekstrem sehingga 40.1 darjah Celsius pada 1998 menjadi iktibar kepada penduduk di Chuping untuk lebih bersedia menghadapi cuaca panas berpanjangan ketika ini.

RINGKASAN BERITA AI

“Bila kita tahu musim kemarau,kita sedia awal termasuk menyediakan tong simpanan air di setiap rumah sebagai persediaan,” katanya.

Seorang peneroka asal,Doyah Saud berkata keadaan cuaca panas ketika ini dirasakan lebih terik berbanding sebelum ini.

“Dulu memang panas juga,tetapi sekarang terasa lebih pedih dan menyengat,” katanya.

Dalam masa sama,ibu bapa dilihat memainkan peranan penting dengan mengehadkan aktiviti luar anak-anak bagi mengelakkan risiko strok haba.

Hasnah Othman berkata dia tidak membenarkan anaknya bermain di luar terlalu lama terutama ketika cuaca terik.

“Kalau panas sangat,saya suruh mereka duduk di rumah dan hanya keluar apabila cuaca mulai redup bagi elak perkara tidak diingini,” katanya.

Seorang kanak-kanak,Harith Iman pula berkata beliau lebih banyak berada di dalam rumah dan memastikan minum air secukupnya untuk kekal sihat.

MetMalaysia pada Isnin memaklumkan sebanyak 15 kawasan lain di Semenanjung berada pada Tahap Satu (berjaga-jaga) termasuk seluruh Perlis,Kuala Lumpur  serta daerah Sik,Pokok Sena,Kubang Pasu,Pulau Langkawi,Kuala Muda,Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

MetMalaysia menjelaskan gelombang haba tahap dua berlaku apabila suhu harian berada antara 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut,manakala tahap berjaga-jaga dicatat apabila suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah Celsius untuk tempoh sama.

Orang ramai boleh merujuk status cuaca panas terkini di laman web rasmi MetMalaysia di  https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap