Rumah Bangsa bukan paksaan, sertai dengan kerelaan hati

2026-03-09 HaiPress

Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan

SEREMBAN,9 Mac -Inisiatif Rumah Bangsa oleh UMNO tidak bersifat paksaan sebaliknya bekas ahli yang berhasrat kembali menyertai semula parti itu perlu melakukannya dengan kerelaan hati,kata Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan.

RINGKASAN BERITA AI

Dalam pada itu,beliau berkata bekas ahli yang berhasrat menyertai semula UMNO perlu memohon secara rasmi dengan menghantar surat kepada Setiausaha Agung parti itu Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

“Permohonan tersebut akan diuruskan secara teliti dengan merujuk terlebih dahulu kepada bahagian dan negeri masing-masing. Apabila tiada halangan daripada pihak bahagian dan negeri,permohonan itu akan dibincangkan di peringkat jawatankuasa pengurusan sebelum di bawa ke Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT),kerana kuasa untuk menerima semula ahli terletak pada MT,” katanya.

Jumaat lepas,Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata UMNO membuka pintu seluas-luasnya kepada mana-mana bekas ahli yang pernah dipecat dan digantung keahlian untuk kembali ke parti itu tanpa syarat.

Beliau turut mengimbau peristiwa pada 1996 apabila Parti Melayu Semangat 46 dibubarkan oleh Tengku Razaleigh Hamzah dan semua ahlinya diterima masuk semula ke dalam UMNO secara en bloc (keseluruhan) tanpa syarat.

— BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap