Banjir Terengganu pulih sepenuhnya

2025-12-03 HaiPress

FOTO BERNAMA

KUALA TERENGGANU,2 Disember - Banjir gelombang pertama di Terengganu pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir ditutup pada pukul 8.00 malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol,Kuala Terengganu yang dibuka pada 22 November lalu ditutup selepas 31 penduduk terjejas banjir daripada 20 keluarga dibenarkan pulang setelah kediaman mereka yang digenangi air surut sepenuhnya.

"Cuaca yang baik sejak dua hari lalu membolehkan penduduk pulang bagi membersihkan kediaman yang ditenggelami banjir," menurut kenyataan itu.

Banjir yang mula melanda 22 November lalu memaksa hampir 11,000 penduduk berpindah ke lebih 500 PPS di lapan daerah.

Pulau Redang,Kuala Nerus menjadi lokasi pertama terjejas banjir diikuti Pulau Perhentian,Besut sebelum daerah Marang,Kuala Terengganu,Setiu,Dungun,Hulu Terengganu dan Kemaman dilanda banjir.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap