Pendapatan e-dagang Malaysia hampiri RM1 trilion

2025-11-26 HaiPress

Malaysia terus mempamerkan kemajuan ketara dalam transformasi digital,apabila pendapatan e-dagang bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025 mencecah RM937.5 bilion/Foto hiasan/RTM

KUALA LUMPUR,26 November – Malaysia terus mempamerkan kemajuan ketara dalam transformasi digital,apabila pendapatan e-dagang bagi tempoh sembilan bulan pertama tahun 2025 mencecah RM937.5 bilion.

Ketua Perangkawan Malaysia,Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata,jumlah itu meningkat 1.9 peratus berbanding tempoh sama pada 2024.

Menurut beliau,suku kedua 2025 merekodkan pendapatan e-dagang tertinggi sebanyak RM313.8 bilion,manakala suku ketiga mencatatkan sedikit penyederhanaan kepada RM312.6 bilion.

“E-dagang memainkan peranan penting dalam merancakkan aktiviti perniagaan,meluaskan peluang pasaran dan meningkatkan daya saing ekonomi seiring perkembangan landskap digital,” katanya.

Beliau menjelaskan,kepesatan ekonomi digital negara dipacu oleh beberapa faktor utama termasuk pertumbuhan stabil e-dagang,penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang meluas serta pengukuhan infrastruktur komunikasi negara.

Suku kedua 2025 merekodkan pendapatan e-dagang tertinggi sebanyak RM313.8 bilion/Foto hiasan/RTM
Menurut Laporan Ekonomi Digital Malaysia 2025,ekosistem digital negara diperkasakan melalui pembangunan pusat data berskala mega,penggunaan teknologi baharu seperti kecerdasan buatan (AI),perkhidmatan awan serta peningkatan aspek keselamatan siber.“Kesemua faktor ini meletakkan Malaysia pada landasan kukuh untuk muncul sebagai hab data dan teknologi serantau yang inovatif,inklusif serta berdaya saing pada masa hadapan,” ujarnya.Sementara itu,Akaun Satelit Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICTSA) 2024 yang diterbitkan pada 15 Oktober lalu turut menunjukkan prestasi sektor digital negara kekal kukuh.Secara keseluruhan,industri ICT dan e-dagang menyumbang 23.4 peratus kepada ekonomi negara dengan nilai RM451.3 bilion pada 2024,meningkat daripada RM429.3 bilion pada 2023.Peningkatan itu dipacu oleh sektor pembuatan yang mencatat RM587.3 bilion dan sektor perkhidmatan sebanyak RM583 bilion,selain pertumbuhan berterusan dalam sektor pembinaan dan pertanian.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap