2025-09-19
HaiPress
Keadaan di dalam NADI di Jalan Kampung Semera yang terbakar pagi tadi
ASAJAYA,19 September- Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Jalan Kampung Semera,di sini terbakar pagi tadi.
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak memaklumkan,panggilan kecemasan mengenai kejadian diterima pada pukul 8.09 pagi.
Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Asajaya yang tiba di lokasi mendapati kebakaran melibatkan kira-kira 40 peratus bangunan kekal berstruktur konkrit.
Bagaimanapun,api telah padam sepenuhnya sewaktu ketibaan pihak bomba.
Menurut saksi,terdapat bunyi letupan di dalam premis berkenaan.
Tiada mangsa dilaporkan dalam kejadian tersebut.
Punca kebakaran serta nilai kerugian masih dalam siasatan pihak berkuasa.