Geran Perusahaan 5G dan Bandar AI 2025 langkah strategik realisasi aspirasi RMK13

2025-08-14 HaiPress

Foto Facebook Gobind Singh Deo

KUALA LUMPUR,13 Ogos – Pelaksanaan inisiatif Geran Perusahaan 5G dan Bandar AI 2025 disifatkan sebagai sebahagian langkah strategik Kementerian Digital untuk merealisasikan aspirasi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13),khususnya membentuk Malaysia sebagai sebuah negara berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata,geran itu memberi tumpuan kepada pembangunan dan penerapan teknologi baharu seperti 5G,AI,penyelesaian digital menerusi penggunaan data bagi memperkukuh ekonomi digital negara yang selari dengan agenda transformasi digital di bawah RMK13.

"Antara cabaran utama adalah memastikan teknologi 5G digunakan secara optimum dalam pembinaan penyelesaian digital yang diperlukan.

"Melalui geran ini,kita memberi ruang kepada pihak terpilih melaksanakan projek rintis untuk membuktikan kekuatan teknologi tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian Geran Perusahaan 5G dan Bandar AI 2025 di ibu negara.

Geran yang disampaikan hari ini adalah hasil daripada peruntukan khas Kementerian Kewangan bagi memperluas usaha Malaysia dalam pembangunan 5G dan AI.

Cadangan projek terpilih menampilkan penggunaan strategik teknologi 5G untuk komunikasi ultra-berasaskan kebolehpercayaan tinggi dan kependaman rendah,digabungkan dengan kecerdasan buatan bagi membuat keputusan pintar serta mengautomasi proses.

Penyelesaian dibangunkan merangkumi sektor kritikal seperti pertanian,kesihatan,logistik,pembuatan dan pendidikan,sekali gus


membuktikan bagaimana teknologi dapat dimanfaatkan untuk menangani cabaran


dunia sebenar.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap