2025-07-30
HaiPress
FOTO FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR,30 Julai – Pendekatan Malaysia dan Indonesia yang memilih kaedah rundingan serta perundangan dalam menyelesaikan isu persempadanan Laut Sulawesi disifatkan sebagai bukti kematangan kedua-dua negara dalam menguruskan konflik secara damai dan profesional.
Pensyarah Pusat Pengajian Komunikasi,Universiti Sains Malaysia (USM),Dr Miharaini Md Ghani berkata,kaedah itu memperlihatkan komitmen kedua-dua negara terhadap prinsip keamanan serantau dan penghormatan kepada undang-undang antarabangsa.
“Rundingan berfungsi sebagai platform komunikasi dua hala yang membina persefahaman dan konsensus,manakala undang-undang pula menyediakan kerangka rasmi bagi penyelesaian jangka panjang,” katanya.
Menurut beliau,langkah berkenaan bukan sahaja mengukuhkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Indonesia,malah menjadi contoh terbaik dalam menyelesaikan isu kepentingan bersama melalui jalan perundingan tanpa pertikaian terbuka.
Tambahnya,pendekatan sebegini wajar dijadikan model oleh negara serantau lain dalam menangani perselisihan melibatkan sempadan dan kedaulatan.