
Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) giat memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di peringkat antarabangsa / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,30 Julai - Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya (MOTAC) giat memperhebat promosi Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026) di peringkat antarabangsa menerusi pelbagai inisiatif strategik,khusus bagi menarik kehadiran pelancong berkualiti tinggi serta pelaburan mampan dalam sektor pelancongan negara.
Timbalan Menterinya,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan berkata antara langkah utama yang diambil adalah melalui kerjasama erat dengan agensi pelancongan luar negara menerusi pejabat Tourism Malaysia di luar negara.
"Usaha ini dilaksanakan melalui pelaksanaan kempen promosi bersasar menggunakan platform digital dan media sosial antarabangsa seperti Facebook,Instagram,TikTok dan YouTube,yang mampu memberi capaian meluas serta berimpak tinggi.
"Selain itu,MOTAC turut menyertai pameran pelancongan antarabangsa berprestij seperti World Travel Market (WTM) di London,ITB Berlin,Arabian Travel Market dan ASEAN Tourism Forum,bagi memperluas rangkaian industri dan mempromosi destinasi Malaysia kepada pasaran global.
"Turut diberi tumpuan ialah kempen kolaboratif bersama rakan strategik seperti syarikat penerbangan,agensi pelancongan dalam talian dan pengendali pelancongan bagi menyediakan pakej menarik dan bersepadu," katanya ketika menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Masjid Tanah,Datuk Mas Ermieyati Samsudin pada sesi jawab lisan di Dewab Rakyat,di sini hari ini.
Terdahulu,Mas Ermieyati mengemukakan soalan berhubung rancangan MOTAC dalam memperhebat promosi TMM 2026 di media antarabangsa.
Timbalan Menteri MOTAC,Datuk Khairul Firdaus Akbar Khan
Khairul Firdaus berkata MOTAC memberi penekanan kepada naratif konsisten yang mengetengahkan pengalaman autentik,kelestarian serta pelancongan berkualiti.Beliau berkata,produk pelancongan berasaskan budaya,warisan dan alam semula jadi seperti eko-pelancongan,pelancongan makanan,Islamik,kesihatan dan komuniti terus dipromosikan sebagai aset utama."Naratif turut diperkukuh melalui penceritaan kisah kejayaan tempatan yang menyentuh emosi pelancong dan mampu membina hubungan jangka panjang."Di samping itu,kementerian komited mempertingkat pengalaman pelancong dengan pembangunan infrastruktur pelancongan,kemudahan digital serta kempen kesedaran yang berfokuskan TMM 2026," katanya.Katanya,dalam usaha menarik pelancong berkualiti tinggi,MOTAC memberi tumpuan khusus kepada segmen pelancong dari negara berpendapatan tinggi serta pasaran khusus seperti pelancongan perniagaan dan mewah.Inisiatif itu turut merangkumi pembangunan destinasi melalui pensijilan hijau dan pelaksanaan prinsip pelancongan bertanggungjawab,yang diyakini akan menarik minat pelabur dan pelancong beretika."MOTAC menegaskan bahawa TMM 2026 bukan sekadar acara promosi,tetapi berperanan sebagai pemangkin utama pemulihan dan pertumbuhan industri pelancongan negara pasca pandemik."Malaysia disasarkan muncul sebagai destinasi pelancongan yang bukan sahaja menarik,tetapi juga mampan,inklusif dan bernilai tinggi di mata dunia," katanya.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.