Data pekerjaan AS dorong prospek positif ringgit

2025-07-01 HaiPress

Foto RTM

KUALA LUMPUR,29 Jun- Ringgit dijangka menyaksikan urus niaga lebih mengukuh pada minggu depan,susulan jangkaan pengumuman data pasaran tenaga kerja Amerika Syarikat (AS).

Ketua Ahli EkonomiBank Muamalat Malaysia BhdDr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata,pelabur akan menumpukan dua perkembangan utama data Pekerjaan Bukan Perladangan (NFP) dan kadar pengangguran selain berakhirnya tempoh 90 hari penangguhan pelaksanaan tarif oleh AS.

“Data pasaran tenaga kerja itu penting dalam mempengaruhi jangkaan terhadap hala tuju dasar bank pusat iaitu Rizab Persekutuan AS.

“Susulan petunjuk keadaan ekonomi global dan AS yang perlahan,sentimen pelabur dijangka kekal berhati-hati dalam tempoh memasuki separuh kedua 2025,'' jelasnya.

Berikutan Indeks Dolar AS (DXY) berada pada trajektori lebih lemah,beliau menjangkakan ringgit dapat diniagakan lebih kukuh sekitar 4.22 hingga 4.23 pada minggu depan.

Unit tempatan itu mengakhiri urus niaga minggu ini pada paras 4.2300 pada hari Khamis berbanding 4.2505 pada Jumaat minggu lepas.

Sebaliknya,ringgit diniagakan lebih rendah berbanding kumpulan mata wang utama dan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap