Malaysia sertai APT 2025, perkukuh kerjasama ICT serantau

2025-05-30 HaiPress

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil hadir mewakili kerajaan Malaysia dalam mesyuarat melibatkan negara-negara anggota APT

TOKYO,30 Mei – Malaysia menyertai Mesyuarat Menteri Asia-Pacific Telecommunity (APT) 2025 yang berlangsung di Tokyo,Jepun bagi memperkukuh kerjasama serantau dalam bidang telekomunikasi dan teknologi maklumat.

Menteri Komunikasi,Datuk Fahmi Fadzil hadir mewakili kerajaan Malaysia dalam mesyuarat melibatkan negara-negara anggota APT.

Menurut kenyataan di Facebook rasminya,mesyuarat itu menjadi platform penting untuk merangka dasar dan strategi bersama ke arah pembangunan digital yang inklusif,mampan dan selamat di rantau Asia Pasifik.

Ia juga berperanan sebagai pentas kerjasama pelbagai hala di rantau yang pesat membangun dalam bidang teknologi.

Selain itu,APT turut menyokong negara-negara membangun dari segi bantuan teknikal,pembangunan kapasiti dan kawal selia ICT.

Datuk Fahmi berkata,komitmen bersama ini mencerminkan usaha berterusan ke arah memperkasa transformasi digital serantau demi kemajuan ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.

APT merupakan organisasi antara kerajaan yang ditubuhkan pada 1979 hasil kerjasama antara United Nations Economic and Social Commission for Asia and the Pacific (UNESCAP) dan International Telecommunication Union (ITU).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap