Niaga hadapan emas ditutup lebih rendah

2025-05-09 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,8 Mei- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives mengakhiri kenaikan tiga hari berturut-turut untuk ditutup lebih rendah pada Khamis,menjejaki penurunan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX),kata penganalisis.

Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata dengan pasaran mudah tunai kembali pulih,pedagang dengan pantas masuk dan mendorong harga lebih rendah apabila pasaran memulakan pemfaktoran fasa perkembangan rundingan perdagangan seterusnya.

“Ketika ini momentum sedang bergerak dengan pantas dengan pasaran serantau menjangkakan satu siri perjanjian perdagangan bermula esok.

“(Ia) berkemungkinan mengurangkan permintaan untuk lindung nilai risiko dan seterusnya melemahkan daya tarikan emas,” katanya kepada Bernama.

Ketika ditutup hari ini,kontrak semerta bulan Mei 2025 susut kepada US$3,349.30 setiap auns troy daripada US$3,387.10 pada Rabu.

Kontrak Jun 2025,Julai 2025,Ogos 2025 dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,362.30 setiap auns troy daripada US$3,400.00 sebelumnya.

Jumlah dagangan turun kepada 102 lot daripada 106 lot pada Rabu,manakala kepentingan terbuka susut kepada 125 kontrak daripada 129 sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 7 Mei,harga emas fizikal berada pada US$3,392.25 setiap auns troy.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap