Malaysia perkukuh 6 agenda pertahanan ASEAN hadapi cabaran serantau

2025-03-13 IDOPRESS

Setiausaha Bahagian,Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kementerian Pertahanan,Arividya Arimuthu

KUALA LUMPUR,13 Mac- Malaysia menggariskan enam agenda utama pertahanan bagi memperkukuh kerjasama ASEAN dalam menghadapi cabaran serantau sempena Kepengerusian ASEAN tahun ini.

Setiausaha Bahagian,Arividya Arimuthu,berkata enam agenda tersebut meliputi kecerdasan buatan (AI) dan keselamatan siber,keselamatan maritim,bantuan kemanusiaan,kerjasama industri pertahanan,ancaman keselamatan daripada pelaku bukan negara,dan risiko biosekuriti.

Menurut beliau,usaha berkenaan bertujuan memastikan setiap strategi dan program yang dipersetujui semasa Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun ini akan terus dilaksanakan walaupun selepas berakhirnya penggal kepengerusian.

"Apabila selesai Kepengerusian ASEAN bagi Malaysia,program dan strategi yang telah dicadangkan serta dipersetujui oleh ASEAN akan diteruskan pada tahun-tahun mendatang.

"Sebagai contoh,isu kecerdasan buatan dan penggunaan dron dalam konflik tertentu menjadi perhatian. Justeru,adalah penting untuk ASEAN membincangkan strategi menangani perkara ini.

"Kami berharap menjelang November nanti,akan ada strategi dan program yang dipersetujui dan sedia dilaksanakan selepas mesyuarat tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fokus utama ADMM Retreat 2025: Meningkatkan Kerjasama ASEAN Dalam Menghadapi Cabaran Serantau selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap