KPM perkenal kurikulum baharu 2027

2025-03-13 HaiPress

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh

KUALA LUMPUR,13 Mac- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan,kurikulum persekolahan baharu dijangka dilaksanakan pada tahun 2027.

Timbalan Menteri Pendidikan,Wong Kah Woh berkata,kokurikulum baharu itu akan berteraskan lima ciri utama yang menekankan keseimbangan dalam semua aspek kehidupan serta pembelajaran sepanjang hayat.

Jelasnya,usaha tersebut turut melibatkan sesi libat urus menyeluruh sejak tahun 2022 hingga 2023,melibatkan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan kurikulum yang dirangka relevan dengan perkembangan semasa dan memenuhi keperluan pelbagai sektor.

"Bagi memperkukuh rangka kurikulum persekolahan 2027,KPM telah menganjurkan Persidangan Kurikulum Kebangsaan bagi mendapatkan input yang lebih komprehensif.

"Di samping itu,tahun 2024 menyaksikan penganjuran Jerayawara Kurikulum Persekolahan 2027 dan Konvensyen Kokurikulum Persekolahan 2027 bagi memberi pendedahan kepada masyarakat serta mendapatkan maklumat tambahan berkaitan elemen baharu dalam kurikulum ini," katanya.

Tambahnya,KPM sentiasa komited memastikan sistem pendidikan negara berkembang seiring dengan keperluan masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Senator Prof. Emeritus Datuk Seri Dr. Awang Sariyan di Dewan Negara.

Dalam pada itu,Dewan Negara turut dimaklumkan konsep Generasi MADANI kini sedang diterapkan di semua institusi KPM mulai sesi 2025-2026.

Menurut Wong Kah Woh,konsep Generasi MADANI akan digunapakai menerusi semua aktiviti dan program melibatkan murid prasekolah,sekolah rendah dan menengah serta institusi bawah KPM.

"Konsep Generasi MADANI diterapkan ke dalam semua aktiviti dan program sedia ada di semua institusi KPM.

"Generasi MADANI merupakan generasi yang bersedia menghadapi cabaran global dengan minda yang progresif,berdaya saing dan berpaksikan nilai-nilai Malaysia MADANI.

"Penerapan konsep ini memberikan pendedahan yang meluas dan dilaksanakan mulai sesi persekolahan 2025-2026 melibatkan murid prasekolah,sekolah rendah,menengah,termasuk IPG dan program pendidikan khas," jelasnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap