Adik 15 tahun ikrar jaga tiga beradik termasuk pasangan kembar

2025-01-03 IDOPRESS

Azrul berusia 15 tahun (kiri) berikrar jaga tiga adik beradiknya yang lain termasuk pasangan kembar berusia 2 tahun

LANGGAR,3 Januari - “Walau apa pun terjadi saya tidak mahu berpisah dengan tiga orang adik saya dan akan jaga mereka sampai bila-bila,'' luah Muhammad Azrul Hafizi anak sulung kepada pasangan suami isteri yang maut di Titi Haji Idiris,Pendang pada 26 Disember lalu.

Azrul,15 berikrar menjaga tiga adiknya,Aina Damia,14,serta pasangan kembar Nur Qaseh Melissa dan Nur Chinta Melissa,2,sampai bila-bila.

Kini,mereka tinggal bersama ibu saudara mereka,Zuraina Abu,53,dan suaminya,Kasuadinata Saad,45,di Kampung Tanjung Musang,Langgar.

"Mak pesan supaya saya jaga adik-adik dengan baik. Saya akan pastikan kami tidak berpisah walau apa pun yang berlaku," kata Azrul,pelajar tingkatan 3 Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jabi.

Zuraina pula sanggup berhenti kerja membuat rempeyek demi memastikan kebajikan empat adik-beradik itu.

"Memang anak-anak mereka kami tak akan serahkan kepada sesiapa. Walau susah macam mana sekalipun,kami akan terus menjaga mereka kerana kami tak mahu mereka berpisah,empat beradik ini.

"Tambahan pula,adik-beradik yang menjaga si kembar ketika ibu mereka keluar bekerja sebelum ini. Ibu mereka juga tidak pernah membenarkan orang lain menjaga anak-anaknya.

"Sebab itu,kami tak mahu mereka berpisah. Kalau dipisahkan,adik-beradik mereka memang tak boleh hidup tenang," katanya.

Dalam kejadian pukul 11.30 malam itu,Noriza Saad,34 tahun,Marzlan Abu Hassan,52 tahun nahas dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Tanjung Musang,Langgar sebelum terbabit dalam kemalangan dengan sebuah motosikal lain dan sebuah kereta.

Tragedi di Jalan Alor Pudak,Titi Haji Idris itu turut meragut nyawa seorang remaja lain,Muhammad Aidil Awang Saidin,14.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap