Integrasi sumber, kelebihan pacu pertumbuhan inklusif ASEAN

2024-12-27 IDOPRESS

Dr. Zokhri Idris

KUALA LUMPUR,26 Disember- ASEAN perlu mengintegrasikan sumber dan kelebihannya,demi pertumbuhan lebih inklusif dan saksamakhususnya dalam kalangan negara anggota.

Penganalisis Geopolitik dan Hubungan Antarabangsa Dr. Zokhri Idris berharap,Malaysia akan memainkan peranan sebagai penggerak kepada mobilisasi sumber ekonomi dan tenaga kerja lebih tangkas,selaku kepengerusian ASEAN pada tahun depan.

"Apabila ada pergerakan modal dan juga kewangan sesama negara ASEAN yang lain juga boleh menambah pendapatan mereka dan kesenjangan antara negara-negara.

"Kesalinghubungan ini akan merapatkan negara-negara terbawah ASEAN dan juga negara-negara termaju ASEAN seperti Singapura,Malaysia dan Vietnam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Angkasapuri Kota Media di sini.

Pada masa sama fungsi sektor awam dan swasta harus diintegrasikan secara meluas untuk meningkatkan sumbangan kedua-dua sektor berkenaan kepada ekonomi.

"Selama ini kita berpendapat bahawa hanya sektor kerajaan sahaja yang akan menaikkan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara.

"Namun trend pada masa kini banyak syarikat-syarikat pemula dan juga sumber-sumber ekonomi yang bukan dalam kalangan kerajaan membantu menaikkan pertumbuhan ekonomi," katanya lagi.

Malaysia secara rasmi akan menjadi Pengerusi ASEAN pada 1 Januari 2025 dengan mengetengahkan tema "Keterangkuman dan Kemampanan",mencerminkan aspirasi negara untuk membentuk ASEAN yang bersatu dan makmur.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap