2024-12-23 IDOPRESS
FOTO HIASAN
KUALA LUMPUR,21 Disember- Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami perubahan harga minggu hadapan,dipengaruhi oleh tempoh dagangan yang lebih singkat.
Ia berikutan kebanyakan peniaga antarabangsa bercuti sempena perayaan Krismas.
Julat dagangan dijangka antara 4,300 satu tan dan 4,400 satu tan.
Menghampiri akhir tahun,peniaga memfokuskan untuk kekal dengan kedudukan sedia ada yang dijangka menyebabkan pasaran lebih lengang dalam tempoh beberapa hari akan datang.
Pasaran MSM juga dijangka diniagakan dengan kecenderungan meningkat,didorong oleh jangkaan pengeluaran lebih perlahan.