Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mula menikmati kenaikan gaji pertama selepas pelarasan di bawah skim tersebut yang berkuat kuasa semalam / Foto Hiasan / Bernama
KUALA LUMPUR,20 Disember – Penjawat awam yang memilih Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) mula menikmati kenaikan gaji pertama selepas pelarasan di bawah skim tersebut yang berkuat kuasa semalam.
Ramai dalam kalangan mereka meluahkan rasa syukur dan terima kasih kepada Kerajaan MADANI atas pelaksanaan pelarasan gaji itu,yang merupakan semakan pertama dalam tempoh 12 tahun.
Salah seorang penjawat awam yang ditemui,Sahzan Fazli Zainuddin berkata kenaikan gaji tersebut sangat dinanti oleh golongan pekerja sektor awam kerana dapat meringankan beban kos sara hidup yang semakin meningkat.
Sahzan Fazli Zainuddin (kiri),Ramli Abdullah (tengah),Siti Noorain Abdullah (kanan)
"Kenaikan gaji dapat membantu meringankan sedikit beban dan membolehkan penjawat awam membuat simpanan sebagai persediaan untuk masa depan," katanya.Seorang lagi penjawat awam,Siti Noorain Abdullah turut berkongsi pandangan dengan menyatakan bahawa kenaikan ini akan membantu golongan B40 yang berpendapatan rendah."Dengan kenaikan ini,sekurang-kurangnya dapat membantu menjalani kehidupan harian. Bagi golongan M40 pula,kenaikan ini memberi peluang untuk membuat simpanan bagi hari tua," ujarnya.Sementara itu,Ramli Abdullah,melahirkan rasa syukur kepada Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim atas pelarasan gaji ini yang dianggap tepat pada masanya."Kenaikan ini sangat membantu,terutama untuk simpanan masa depan," katanya.Pelarasan gaji tersebut adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan penjawat awam,khususnya dalam mengatasi cabaran kos sara hidup.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.