2024-12-19 HaiPress
Rahmad Mariman / Foto RTM
MELAKA,19 Disember- Melaka International Halal Festival 2024 (MIHF'24) menyasarkan kira-kira 50,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya,bermula esok di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC).
Exco Pendidikan,Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri,Datuk Rahmad Mariman,berkata lebih 300 pempamer daripada industri halal,termasuk dari dalam dan luar negara,akan terlibat.
Antara negara yang menyertai acara ini ialah Vietnam,Bangladesh,Filipina,Singapura,dan Indonesia.
Pelbagai aktiviti menarik akan diadakan sepanjang program tersebut.
“Jadi,kepada para usahawan yang tidak dapat menyertai festival ini,datanglah kerana kami menyediakan program seperti pocket talk.
"Para usahawan dari peringkat negeri dan antarabangsa dapat mengambil peluang untuk saling berkenalan,sekali gus menjalin kerjasama yang memudahkan pemasaran di peringkat Malaysia dan antarabangsa,” katanya kepada pemberita selepas Program Apa Khabau YB di Melaka FM.