2024-12-18 HaiPress
Datuk Hasbi Habibollah
KUALA LUMPUR,18 Disember- Kerja-kerja Penyelenggaraan,Pembaikan dan Baik pulih (MRO) tahap 4 ke atas 10 set tren elektrik (ETS) dijangka selesai pada suku keempat tahun 2025.
Timbalan Menteri Pengangkutan,Datuk Hasbi Habibollah memaklumkan pelbagai inisiatif lain dilakukan kementerian susulan permintaan tinggi pengguna untuk menggunakan perkhidmatan ETS.
"Kerajaan telah membuat perolehan 10 set tren elektrik ETS baharu dijangka dapat digunakan untuk operasi bermula pada suku pertama tahun 2025.
"KTMB juga turut menyediakan tren tambahan terutamanya pada musim perayaan dan cuti sekolah khususnya bagi laluan KL Sentral-Padang Besar bagi memenuhi permintaan tinggi dari dan ke sektor utara pada setiap tahun," katanya.
Setakat Oktober lalu sejumlah 490 ribu 105 penumpang menggunakan perkhidmatan ETS melibatkan dua stesen di Arau dan Padang Besar,Perlis.
Beliau berkata demikan ketika menjawan soalan daripada Senator Senator Baharuddin Ahmad berkenaan statistik bilangan penumpang tren ETS pada tahun ini khususnya bagi destinasi ke Negeri Perlis; dan usaha untuk menambah baik perkhidmatan tren khususnya ketika musim cuti sekolah dan perayaan.