2024-12-11 HaiPress
Foto Hiasan
KUALA LUMPUR,11 Disember- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada tengah hari ini.
Pada rehat tengah hari,kontrak Disember 2024 dan Mac 2025 masing-masing susut 10.50 mata kepada 1,598.5 dan 1,587.0,Januari 2025 berkurangan 9.5 mata kepada 1,604.0 manakala Jun 2025 rendah tujuh mata kepada 1,595.0.
Jumlah dagangan sebanyak 2,982 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,389 kontrak.
Pada pukul 12.30 tengah hari,FBM KLCI merosot 6.43 mata atau 0.40 peratus kepada 1,602.54 daripada 1,608.97 semasa ditutup semalam.- BERNAMA