Titah Addendum, mahkamah dengar rayuan Najib Razak 6 Januari depan

2024-12-10 HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,9 Disember- Mahkamah Rayuan menetapkan 6 Januari depan untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi menolak kebenaran semakan kehakiman dan notis usul yang difailkan bekas Perdana Menteri itu

Ia bagi mengemukakan keterangan tambahan berkaitan Titah Addendum.

Sehubungan itu,Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

Rayuan Datuk Seri Najib adalah berkaitan cabarannya terhadap Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 bagi membolehkan beliau menjalani baki hukuman penjara enam tahun sebagai tahanan di rumah.

Pada 3 Julai lepas,Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk memulakan prosiding semakan kehakiman dan beliau kemudian merayu keputusan itu di Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Tinggi sebelum ini menjatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta ke atas beliau namun dikurangkan kepada enam tahun dan RM50 juta susulan petisyen pengampunan diraja yang difailkan pada 2 September 2022.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap