SPM: JPNT aktifkan Ops Payung

2024-12-01 HaiPress

Foto RTM

KUALA TERENGGANU,1 Disember-Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu JPNT telah mengaktifkan Ops Payung untuk memastikan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bermula esok berjalan lancar.

Pengarahnya,Jelani Sulong berkata,setakat ini,seramai 1,734 calon SPM dari 20 buah sekolah di enam daerah telah dikenalpasti terjejas akibat bencana itu.

Menurutnya,daripada jumlah tersebut,155 calon telah pun berada di lima pusat peperiksaan alternatif yang dikenalpasti selamat dari ancaman banjir.

Ketika ini,261 lagi calon SPM masih berada di beberapa pusat pemindahan sementara PPS berhampiran rumah mereka dan baki calon yang lain pula berada di rumah masing-masing.

Kesemua calon ini telah dibawa ke pusat peperiksaan oleh kenderaan agensi kerajaan dan pasukan penyelamat termasuk Angkatan Tentera Malaysia dan lain-lain lagi agensi.

Semua perancangan terperinci telah dilakukan dan pengangkutan calon terjejas banjir akan diselia oleh Pejabat Pendidikan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap