Kepakaran Space42 berpotensi tingkat keupayaan Malaysia

2024-11-17 HaiPress

Ahmad Zahid ketika lawatan ke Space42 /Foto FB Zahid Hamidi

DUBAI,17 November- Kepakaran Space42,peneraju inovasi teknologi angkasa berpangkalan di Abu Dhabi,berpotensi besar meningkatkan keupayaan Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,ini khususnya dalam memantau,bertindak balas dan mengurangkan impak bencana alam.

"Teknologi yang dipacu menerusi kecerdasan buatan (AI),komunikasi satelit serta analitik geospatial,akan turut memperkukuhinfrastruktur komunikasi negara.

"Seterusnya,memastikan rakyat Malaysia terus menikmati akses digital lebih meluas dan selamat," katanya di sini.

Ahmad Zahid bersama delegasi negara turut berkesempatan melawat ibu pejabat Space42 bersempena lawatan rasmi selama tujuh hari ke Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Ia menandakan langkah penting ke arah kerjasama lebih erat antara Kuala Lumpur-Abu Dhabi,dengan memanfaatkan teknologi canggih bagi memacu pertumbuhan mampan,meningkatkan ketahanan serta memperkukuhkerjasama serantau.

BERITA BERKAITAN:

Lawatan rasmi Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke UAE bermula hari ini

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap