Pengekalan OPR: Isyarat keyakinan ekonomi, stabilkan pelaburan - Penyelidik

2024-11-08 HaiPress

Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) memberi isyarat kestabilan ekonomi negara serta keyakinan kepada pelabur asing / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,6 November – Pengekalan Kadar Dasar Semalaman (OPR) memberi isyarat kestabilan ekonomi negara serta keyakinan kepada pelabur asing.

Ketua Penyelidikan Pelaburan UOB Kay Hian Wealth Advisors,Mohd Sedek Jantan berpandangan langkah tersebut dapat mencegah turun naik berlebihan dalam kadar pertukaran,sekali gus menstabilkan mata wang dan mengurangkan risiko tekanan inflasi.

“Dari segi domestik,dengan mengekalkan OPR,Bank Negara Malaysia (BNM) dapat memastikan kos pinjaman kekal rendah,menggalakkan perbelanjaan serta pelaburan dalam negara.

"Ini membantu peniaga untuk mengakses modal,seterusnya merangsang pertumbuhan dalam sektor utama seperti pembinaan,pembuatan dan teknologi,” katanya ketika dihubungi RTM.

Pengekalan OPR juga dijangka mengekalkan pola permintaan dan membolehkan pengguna terus menikmati kos pinjaman yang stabil.

Langkah itu katanya menyediakan asas kukuh bagi aktiviti ekonomi domestik yang penting untuk mengekalkan momentum pertumbuhan di tengah ketidakpastian ekonomi global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap