Teksi terbakar, pemandu melecur di tiga bahagian

2024-11-04 HaiPress

Foto Ihsan PDRM

BALING,4 November- Seorang pemandu teksi melecur selepas teksi yang dipandunya,terbakar secara tiba-tiba.


Kejadian berlaku di Kampung Batu Empat,Kuala Ketil dekat Baling,Kedah,pagi tadi.


Ketua Polis Daerah Baling,Superintenden Azmi Mokhtar berkata,dalam kejadian pukul 11.45 pagi itu,Zulkaria Isa,50 tahun,sedang memandu kereta yang dijadikan sebagai teksi dari arah Sungai Petani ke Baling.


Bagaimanapun,ketika tiba di tempat kejadian,Zulkaria melihat kepulan asap keluar melalui bonet kereta sebelum beliau menghentikan kenderaan di tepi jalan.


Beliau kemudian membuka bonet dan mendapati api telah menyambar enjin kereta.


Ketika kejadian,tiada penumpang berada di dalam teksi.


Pemandu kereta yang melecur di bahagian jari,tangan dan muka telah dibawa oleh isteri dan rakannya selepas kejadian itu ke Hospital Sultan Abdul Halim,Sungai Petani untuk rawatan lanjut.


Kebakaran berjaya dipadamkan oleh anggota Bomba Sukarela Kuala Ketil.


Kenderaan tersebut yang didaftarkan atas nama sebuah syarikat beralamat di Stesen Bas Kuala Ketil terbakar sepenuhnya dan punca kebakaran masih dalam siasatan.


Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap