MTL: PDRM siap siaga berdepan banjir

2024-10-29 HaiPress

Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay / Foto RTM

KOTA BHARU,29 Oktober - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah bersiap sedia berdepan sebarang kemungkinan banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula bulan depan.


Timbalan Ketua Polis Negara,Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay,berkata persiapan itu meliputi segala aspek termasuk kekuatan anggota,dan aset.


"Kita sudah membuat persiapan dan mesyuarat serta penyelarasan,tidak hanya melibatkan PDRM malah RELA,tentera,bomba dan sebagainya. Ini termasuk dari segi aset sedia ada seperti bot," katanya ketika ditemui media di sini.

Beliau memberitahu demikian selepas menyaksikan Majlis Pemakaian Pangkat Dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kelantan dan Pengerusi PERKEP Kontinjen Kelantan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK).


Dalam perkembangan lain,Datuk Seri Ayob yakin masyarakat tidak terpedaya dengan dakwaan ada individu yang menyamar sebagai dirinya.


Jelasnya motif sebenar penyamar yang dikesan turut membuka kumpulan WhatsApp,masih belum diketahui.


Laporan polis sudah dibuat dan siasatan sedang dilakukan bagi mengesan individu terlibat.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap