Belanjawan 2025: Kerajaan komited tumpu projek berpaksikan rakyat

2024-10-20 HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,20 Oktober - Belanjawan 2025 disifatkan sebagai pelan kondusif dan komprehensif meliputi pelbagai lapisan rakyat.

Pensyarah Kanan Fakulti Pengurusan Ekonomi UiTM,Dr Bashir Ahmad Shabir Ahmad berkata ia menggariskan pelbagai usaha kerajaan untuk mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi.

Katanya,peruntukan perbelanjaan pembangunan lebih rendah daripada belanjawan terdahulu,jelas membuktikan pendirian kerajaan untuk mengurangkan pelaksanaan projek mega.

Sebaliknya,lebih tumpuan diberi kepada projek yang berpaksikan rakyat seperti penambahbaikan dan pembinaan infrastruktur,prasarana termasuk kemudahan di bandar dan luar bandar.

"Di samping juga,kerajaan melihat kepada pembangunan modal insan yang lebih telus dan juga lebih jitu. Ini dapat dibuktikan apabila kita melihat sektor pendidikan mendapat bajet paling besar sekitar RM65 bilion dan penambahbaikan sekolah serta pembinaan sekolah baharu termasuk sekolah taska,prasekolah dan sebagainya akan dilakukan pada 2025 termasuk tumpuan lebih diberi kepada kawasan luar bandar," katanya.

Beliau menyatakan,pengumuman kadar gaji minimum baharu juga telah dijangkakan,selaras kenaikan gaji kakitangan awam.

Jelasnya,garis panduan bagi gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan adalah langkah wajar yang memberi manfaat kepada kebolehpasaran graduan.

Ia akan turut mempersiapkan industri dan sektor perniagaan dalam memenuhi keperluan garis panduan tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap