Penubuhan MHPSS, bantuan psikologi untuk petugas kesihatan

2024-10-17 HaiPress

Menteri Kesihatan,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad/Fail

KUALA LUMPUR,17 Oktober- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menubuhkan Pasukan Mental Health and Psychosocial Support (MHPSS) bagi mengenal pasti petugas kesihatan yang memerlukan bantuan awal psikologi atau Psychological First Aid (PFA).

Menterinya,Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad memaklumkan penubuhan itu susulan kematian seorang pakar perubatan patalogiyang dibuli di Hospital Lahad Datu,baru baru ini.

"Kumpulan sokongan ditubuh khasnya untuk doktor mudadan pegawai latihan siswazah."

"Khidmat ini diberikan kepada mereka dalam mewujudkan 'coping capacity' agar mampu berdaya tahan selain mampu berdepan situasi tekanan kerja yang tinggi di fasiliti kesihatan seperti hospital," kata Dr. Dzulkefly,hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Ipoh Timur,Lee Chuan How berhubung rancangan KKM untuk mengelak kejadian buli berlaku dalamkalangan doktor.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap