Banjir Kedah : Polis terima 3,930 laporan sejak 17 September

2024-09-25 HaiPress

Sidang media Ketua Polis Kedah / FOTO RTM

SUNGAI PETANI,24 September- Sebanyak 3,930 laporan polis diterima berkaitan kejadian banjir yang berlaku di tujuh daerah di Kedah sejak 17 September lalu hingga kini.


Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Kedah,Datuk Fisol Salleh.


"Kita membenarkan mangsa-mangsa di semua di pusat-pusat pemindahan sementara membuat laporan polis,kita memudahkan kepada semua mangsa-mangsa,laporan merangkumi keseluruhan yang melibatkan kerosakan rumah,kerosakan dalam pelbagai-bagai," katanya.


Bercakap kepada pemberita di Sungai Petani,beliau memaklumkan tiada laporan berkaitan kes kecurian di kawasan dilanda banjir diterima setakat ini.


Untuk rekod,banjir yang melanda tujuh daerah di Kedah sejak 17 September lalu menyebabkan lebih 9,000 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).


Daerah terlibat adalah Kota Setar,Pokok Sena,Kubang Pasu,Pendang,Kulim,Bandar Baharu dan Kuala Muda.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap