Tiada siapa terpinggir waima pembangkang tolak MoU peruntukan - TPM Fadillah

2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Fadillah bercakap pada sidang media selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sungai Tebrau / FOTO RTM

JOHOR BAHRU,21 September- Kerajaan tidak akan meminggirkan rakyat daripada menerima manfaat daripada projek pembangunan yang dijalankan,walaupun memorandum persefahaman (MoU) berkaitan peruntukan bagi ahli parlimen pembangkang ditolak.

Timbalan Perdana Menteri,Datuk Seri Fadillah Yusof berkata peruntukan program kerajaan masih berjalan dan tidak terjejas selari konsep Kerajaan MADANI yang mementingkan ihsan dan kesaksamaan.

"Program kerajaan memang sedia ada,tiada satu tempat pun dikecualikan semua mendapat manfaat sama ada ada mou ataupun tidak. Kerajaan tetap tidak meminggirkan mana-mana pihak tidak kira kerajaan ataupun pembangkang sebab Kerajaan MADANI ini konsepnya inklusif,ihsan dan kesaksamaan. Itu konsep MADANI jadi kita kena memberi kepada semua," katanya.


Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Sungai Sedunia Peringkat Kebangsaan di Sungai Tebrau,Johor Bahru.

Selasa lalu,ahli-ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) mengambil ketetapan menolak dua deraf cadangan MoU daripada kerajaan berhubung peruntukan kepada ahli parlimen PN.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap