PM turun padang tinjau situasi banjir di Kedah

2024-09-21 berita.rtm.gov.my HaiPress

Datuk Seri Anwar menyantuni penduduk terjejas banjir di pusat pemindahan sementara,PPS di Stadium Sultan Abdul Halim,Suka Menanti / FOTO RTM

ALOR SETAR,21 September- Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini meluangkan masa turun padang meninjau situasi banjir di Kedah.

Datuk Seri Anwar yang tiba di Alor Setar pagi tadi memulakan lawatan dengan meninjau pusat pemindahan sementara,Suka Menanti.

Beliau kemudian bergerak ke PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Agama,SMKA Kedah di Mergong sebelum mengakhiri lawatan dengan meninjau PPS Sekolah Kebangsaan Titi Gajah,Anak Bukit.

Sepanjang lawatan itu,beliau turut meluangkan masa mendengar taklimat berkaitan situasi banjir yang berlaku di tujuh daerah di Kedah selain beramah mesra bersama penduduk yang terjejas.

Beliau turut memberi kata-kata semangat dan nasihat kepada penduduk yang terjejas agar bersabar dan tabah mengharungi dugaan yang berlaku.

Pada masa sama katanya,kerajaan akan melakukan yang terbaik bagi membantu penduduk terlibat.

Kecaknaan Perdana Menteri sedikit sebanyak memberi semangat dan motivasi khususnya kepada penduduk yang ditimpa musibah bencana alam ini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.
©hak cipta2009-2020 Maklumat Permainan Sejagat      Hubungi kami   SiteMap